Thursday, March 29, 2012

Sahabat.

Sahabat, besar nilainya. Mencari seorang sahabat amat susah untuk ditemui tapi kadang-kadang kita tidak sedar sahabat itu sudah ada depan mata kita. Mereka telah hadir dan melengkapkan kehidupan seharian kita. Sekarang, aku nak cerita tentang sahabat.

Farrah Ai'shah. Inilah orang pertama yang hadir dan kami amat rapat. Kami berkenalan sewaktu umur kami 9 tahun. Pada masa itu, aku dan dia selalu turun rehat bersama. Sampai saat ini kami masih bersama. Walaupun dia jauh tapi segala pahit manis yang aku dah lalui bersama dia amat besar sekali. Gelak tangisan dan banyak benda lagi kami lalui bersama. Dulu, aku tak tahu untuk hargai kawan. Budak lagi kan. Bagi aku pada masa tu semua kawan. Kawan untuk kita main-main sama, belajar sama dan bukan untuk menangis bersama. Hey, dulu kalau gaduh pun biasa kan. Lepastu hasut kawan lain jangan kawan dia sekali. Haha. Kami berdua pada saat itu amat nakal. Kebanyakan kawan kami juga adalah lelaku :] Sehinggakan pada darjah 4....


Aku dan Farrah berjumpa Farah Atiqah, Nur Fiza Atikah dan Nur Atiqah. Kah kah kah. Itu lah saat di mana aku dan farrah mengejek nama kawan-kawan kami. Kami sangat nakal sehinggakan tiada siapa yang mampu bertikam lidah dengan kami. Ohok. Bukan kerana mereka kalah, tapi kemenangan ejekan kami tidak mampu membuat mereka berkata apa-apa. Perkenalan kami bermula apabila aku dan farrah mengambil purse Farah Atiqah dan membongkar seluruh isinya. Pada masa itu Farah dan Fiza sahabat baik. Terjumpa surat-2 lama. Kami mengejek tanpa batas. Tidak menghiraukan perasaan Farah sehinggakan dia mengalirkan airmata kerana tak dapat tahan dengan perangai kami. Pada saat itu, perasaan kasihan mula timbul sehinggakan kami berubah menjadi baik sikit. Sikit je lah. Dulu, kami dapat satu kelas di sekolah keb dan juga agama. Hubungan kami makin rapat. Atiqah, kawan satu kelas dulu yang sangat gopoh,gelojoh,gila kuasa dan semua org tak suka dia kecuali aku dan Farrah Ai'shah sebab kami pun Ohok. Kami kuat kan. Ehek. Kuat membalas perkara yang tidak baik. Hub kami berlima semakin erat sehinggakan pada darjah 5....


Wan Nursyafiqah, pelajar baru yang masuk ke kelas kami. Dia sangat sopan, baik orangnya. Lemah lembut. Berbudi bahasa. Murah dengan senyuman. Pada saat dia memperkenalkan diri, aku sudah tertarik untuk berkawan dengan dia. Pada waktu rehat, aku mengajaknya untuk rehat bersama. Setelah waktu rehat tamat, aku dan Farrah menguji sejauh mana kesopanan dia. Di saat itu aku mengambil botol airnya dan meletakkan di bawah meja seorang pelajar. Apabila dia tahu botol airnya sudah tiada, aku lihat gelagat dia yang gelabah mencari botol air. Sehinggakan dia sedar aku sedang perhatikan dia dan mula mengesyaki sesuatu. Penuh sopan dia minta aku pulangkan botol airnya, dan tidak semena mena aku mengambil botol airnya dan pulangkan. Persahabatan kami berenam semakin erat selepas tu sehinggakan pada darjah 6...


Kami telah tubuhkan kumpulan kami tersendiri. Wan, dialah yang memberitahu kami besarnya nilai sesebuah persahabatan. Aku mula berubah menjadi yang seorang baik. Baik dari yang sebelumnya. Aku juga merupakan kakak kepada mereka berlima disebabkan aku lahir pada awal januari. Jadi aku perlu menunjukkan contoh yang baik. Kami alami saat getir dan kegembiraan. Tidak sah lah kalau dalam sesuatu hub tiada pergaduhan kan. Selepas UPSR....


Kami dengan haluan kami tersendiri. Farrah, Farah dan Wan pada masa itu meninggalkan aku, atikah dan fiza dan menuju ke sekolah berasrama penuh. Pada saat itu, pilu hati ini. Tiada siapa yang tahu. Persahabatan yang dibina selama ini adakah akan terhenti sampai sini. Aku harap tidaklah. Dan Alhamdulillah kami masih bersama walaupun sudah 3 tahun aku tidak berjumpa dengan Wan. Wan moga kau selamat di sana. Moga kau bahagia di sana. Aku dan kawan-kawan di sini amat merindui kau. Aku takkan lupa apa yang kau cakap :


Nak cari sahabat memang susah, tapi tak salah kalau kita yang jadi sahabat buat kawan kita. InshaAllah dia akan jadi sahabat kita juga. Semua sibuk mencari sahabat tapi mereka tak sibuk untuk MENJADI sahabat.


Semua dah berubah. Semua dah jauh. Kini tinggallah aku dan Fiza di sekolah. Atikah juga sudah tinggalkan kami berdua. Makin sukar untuk kita berjumpa. Adakah kita akan kekal macam ni? Hanya berjumpa ketika cuti. Aku tidak sabar untuk habis SPM bukan sebab aku tak nak belajar tapi aku nak spend time yang dah lama aku inginkan dulu dengan kau orang. Kita akan kumpul sama-sama dan sambung apa yang pernah kita lalui sebelum kita terpaksa berpisah buat kali kedua. Dan, Walaupun kita akan berpisah, sejauh mana kita pergi aku tetap yakin kita akan jumpa. Ye jumpa di syurga. InshaAllah.


Sampai di sini cerita aku. Aku akan sambung lagi dengan buku persahabatan yang baru. Bukan aku lupa yang lama tapi hidup perlu diteruskan. Ye, pada saat ini aku amat merindukan persahabatan kita.


Assalamualaikum. Izyan.

No comments:

Post a Comment