Tuesday, February 28, 2012

Cabaran baru

'Keesokan hari merupakan cabaran hidup baru'


Sudah berapa lama aku meninggalkan blog yang sangat 'Cool' ni kan. Konon. Sekarang ni jam tepat 0203. Aku sangat segar dan tak mengantok pun. Mata pun masih segar. Cehh. Esok habislah masa sejarah aku labuhkan tirai. Tidur dalam kelas. Eh tapi dah 2 bulan aku belajar, aku tak pernah tidur dalam kelas sebab setiap saat itu sangat berharga. Setiap perkataan yang keluar dari mulut cikgu tu penting. Huhh.


Sejak naik upper form ni, aku sangat tertekan. Bukan masalah belajar je ada masalah sampingan yang aku rasa aku sangat tak berguna. Masalah kecil pun tak boleh handle. Macam eh apasal aku ni. Loser betol. Hal remeh je pun. Tapi aku kan manusia biasa yang mempunyai kelemahan tersendiri. If semua nak berharap pada aku mmg lah tak jalan. Kita perlu bekerjasama. Tak perlu menyanyi lagu wonderpet. Ehei rasa tertekan betol. Alasan tak munasabah. Aku masih boleh besabar. Aku masih boleh simpan. If kau tipu aku hanya untuk keselamatan dan kepentingan kau sendiri, sorry to say eh aku rasa nak tembak kau. Ehei, tolong lah jangan menipu. Aku boleh bertimbang rasa kalau kau cakap jujur, tapi ni kau menipu. Eh besar sangat lah kau tu? Wooii. Takpa tunggu je lah. Aku bertindak nanti. Diam dulu.


Orang waras je akan menggunakan anugerah Akal pada diri dia untuk berfikir. Maknanya kau gila sebab kau tak gunakan kewarasan akal kau yang sangat awesome konon haktuih. Amira cakap kau orang tak waras. Sabar Izyan Najwa.


perjalanan sebagai pelajar masih jauh 


Okay setelah tersimpan segalanya, akhirnya kau nyatakan apa yang patut kau nyatakan dulu. Aku tak tahu nak cakap apa. But, Jaga lah Hati dan Perasaan Wanita. Jangan permainkan. Berfikiran positif. Aku doakan yang terbaik buat kau.Kita tetap kawan. Kawan itu lagi bermakna. Kerana ikatan KAWAN tu tidak akan dapat diputuskan. Eh emosional nya. Erk.


Setelah berjela aku menaip, minggu depan cabaran baru. Ujian selaras 1. Oh tidak! Aku tak da rasa semangat pun. Apatah melihat jadual peperiksaan. Budak sains tulen habis rabu, tapi kelas aku habis Khamis. Tu lah suka sangat ambil Akaun. Minat kan. Nak buat macam mana. Think Positive!! Bukannya lama pun periksa akaun tu. Tak rasa pun. Cehh. Tapi, ehei ada soalan esei. Canne nak jawab ni. Aku tak reti pun. So, aku akan hentam je lah nanti. Muehehe. Tidak mungkin lah. Eh dalam jadual biologi kelas aku takda, adakah ini kemungkinan biologi tidak akan dijawab. Ehei, sungguh berangan di pagi hari. Haktuih. 


Cukuplah sampai sini. Entah bila aku nak menaip lagi. Busy. Cehh. Aku menaip ni pun sebab aku buntu nak buat apa. Sedangkan lebih baik aku belajar. Eh takda mood. Otak blur. Boleh pula macam tu. Ehei lupa. GOODBYE ATIQAH. SEE YOU AGAIN. THANKS FOR 6 YEARS BEB. GOODLUCK!! 


'Seorang muslim itu belum tentu dia beriman, tetapi orang yang beriman sudah tentu dia seorang muslim'



Assalamaualaikum. Minta diri dulu. :)

No comments:

Post a Comment