Wednesday, May 22, 2013

Segala puji bagi ALLAH

Alhamdulillah, Assalamualaikum semua pembaca yang membaca secara tersembunyi atau aku yang perasan macam ada orang baca blog ni. Okay.

Alhamdulillah, sebelum itu aku memanjatkan kesyukuran pada Allah setelah 3 minggu menghadapi peperiksaan pertengahan tahun akhirnya semalam telah melabuhkan tirainya. 3 minggu menanti pengakhiran peperiksaan ini. Hmm, memuaskan itu tidak begitu nak puaskan diri ini. Bahang SPM kian dirasai. Terkadang termenung seorang diri ketika menjawab peperiksaan, belum bersedia lagi aku ni untuk menghadapi SPM yang bakal tiba tidak lama lagi. Bila agaknya aku nak bersedia. SPM mungkin bukan penamat tapi itu permulaan di mana dan tercapai ke cita-cita aku selama ni.

Next, aku tak berniat nak tulis panjang-panjang pun. Nak menceritakan pengalaman sepanjang 2013 ni pun masih  tiada mood lagi. Banyak pengalamannya. Banyak benda baru yang selama ni aku tak pernah dan tak pernah terdetik pun nak buat, aku telah buat. Semua rezeki Allah. Alhamdulillah.


Jom pergi ramai-ramai di stadium Shah Alam.. Bercadang nak ke sini, in syaa Allah jika tiada aral dan halangan akan ke sana. Memandangkan cuti sekolah kan. Dari takda buat apa-apa, baik ke sini. Moga kita sentiasa di bawah rahmat Allah.


Sekian sahaja penulisan aku disini. Assalamualaikum. Ya Hanana Ya Hanana Ya Hanana

No comments:

Post a Comment